Wednesday 5 December 2012

Al-Muqri Resources - Dasar

Al-Muqri Resources merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Meletakkan harapan dan impian yang sangat tinggi untuk melihat kebahagian insan lain.
 
Dasar perniagaan Al-Muqri Resouces adalah :
 
i. Pendidikan untuk semua.
 
Dalam keadaan semua rakyat Malaysia mampu mengakses pelbagai maklumat hanya dengan satu "klik", wujud golongon tersisih dari gelombang kemajuan ini. Justeru Al-Muqri Resources membanting tulang empat kerat mengumpul dana sebanyak mungkin bagi memastikan golongan ini turut menyelami perkembangan ilmu dan maklumat. Untuk mendokong dasar ini, Al-Muqri Resources menumpukan seluruh usaha bagi mendokong dan mengambil tanggungjawab kewangan bagi Pusat Pendidikan Al-Imam Al-Juwai (www.pusatpendidikanaljuwaini.blogspot.com ). Setiap sen yang diperolehi akan disalur kepada pembangunan pusat pendidikan percuma ini.
 
ii. Pendidikan untuk agama.
 
Al-Muqri Resouces meletakkan Islam sebagai bahasa motivasi, kecemerlangan, kejayaan, keunggulan dan kegemilangan. Setiap yang disandarkan kepada Islam maka keseluruhannya adalah kehebatan. Walaupun pelanggan kami dari pelbagai bangsa, agama dan bahasa, kami aplikasikan konsep Islam sebagai rahmat untuk semua. Islam perlu dirasai kenikmatannya oleh semua. Hal ini kerana Ia datang untuk semua.
 
iii. Pendidikan untuk amalan.
 
Program-program yang ditawarkan Al-Muqri resources adalah berpaksikan amalan. Samada program di peringkat bayi yang baru dilahirkan sehingga kepada mereka yang berusia emas. Kami menawarkan pelbagai program dalam pelbagai bentuk dan hanya bermatlamatkan untuk diamalkan. Budaya kami adalah budaya Tahu, Faham dan Amal. Dari maklumat menjadi ilmu kemudian menjadi budaya bertukar kepada tabiat dan akhirnya amalan.
 
Ketiga-tiga dasar ini menjadi teras, intipati dan budaya yang menjalar di dalam pembuluh darah kami yang paling sempit. Kami bersama benamkannya di dalam lubuk hati yang paling dalam. Lantas melonjakkan semangat untuk bekerja dan berjuang untuk kehidupan orang lain.
 
" Kami bekerja untuk melihat anda gembira di Dunia dan Akhirat. "
 
Salam Hormat dan Penuh Kasih Sayang
Al-Muqri Resources

No comments:

Post a Comment