Friday 7 March 2014

Pengurusan Stress Menurut Al-Quran dan As-Sunnah 2016

Dalam Modul Peringkat Asas ini akan menyentuh 4 perkara asas.

1. Stress di dalam Al-Quran.
2. Punca-punca stress menurut Al-Quran dan As-Sunnah
3. Menangani Stress dalam Islam.
4. Doa-doa menghindari dan merawat stress.

Stress atau tekanan merupakan penyakit zaman modern yang dihidapi kebanyakan individu. Bahkan stress turut dikesan berlaku kepada peringkat seawal sekolah rendah. Melihat bagaimana Al-Quran menilai dan menganalisis stress dari sudut punca dan tanda-tanda merupakan suatu bukti Al-Quran diturunkan sebagai syifa' kepada manusia. Banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran menggambarkan perasaan tekanan atau stress terjadi di dalam diri Individu.

Setelah memahami penegasan Al-Quran terhadap isu-isu tekanan perasaan, para pesrta akan dibawa mengenal punca-punca berlakunya stress menurut nilaian Al-Quran dan As-Sunnah. Islam tidak menolak suatu punca utama stress iaitu gangguan Jin ataupun Syaitan yang jarang dibincangkan.

Seterusnya para peserta akan dibawa memahami kaedah rawatan stress berdasarkan sunnah. Dari kaedah mententeramkan jiwa, doa-doa dan saranan agar mendapatkan rawatan perubatan Islam seandainya keadaan tersebut memerlukan. Walau bagaimanpun kursus ini bukanlah kursus rawatan Islam yang menjurus ke arah rawatan gangguan.

Tempoh kursus : 1 Hari.
 .
Tempat : Mengikut kesesuaian pelanggan ( adalah sangat disyorkan dibuat di lokasi pejabat pelanggan )
Status permohonan untuk 2016 : Masih dibuka.
 .
Bilangan peserta : Tiada had
 .
Sasaran : Terbuka
.
Hubungi : 014-5154806

Kursus Pengucapan Awam 2016

Berucap di khlayak umum ?. Ada yang sanggup Mc dari mengelak berucap di khalayak umum. Perasaan fobia, takut, gabra dan pelbagai perasaan saling bercambur baur. Tidak kurang ada yang hampir pitam tatkala diminta berdiri di depan khlayak untuk menyampaikan ucapan. Keyakinan menyampaikan ucapan di khlayak merupakan seuatu kelebihan pada diri seseorang. Harus diingat..., AlMuqri Resources sangat yakin dan percaya ia bukanlah semata-mata anugerah. Bahkan ia merupakan kemahiran yang boleh dilatih dan dibentuk. Anda mampu menjadi pemidato yang hebat walaupun anda bukan seorang yang berbakat.
Mempelajari teknik menghilangkan perasaan gementar melalui kaedah teknikal dan spritual seperti doa-doa khusus menjadi teras kaedah kami. Peserta juga akan diajar bermula dari apa yang perlu dibuat tatkala diberikan arahan agar berucap sehinggalah majlis melabuhkan tirai. Pada peringkat asas peserta akan didedahkan dengan persedian menyediakan teks. Pemilihan ayat. Kaedah penyampaian dan gaya badan yang menarik. Manakala pada peringkat pertengahan anda akan diberikan tunjuk ajar bagaimana bermain dengan perasaan pendengar, memilih bahasa yang "bomb", begitu juga kaedah menarik perhatian pendengar walaupun tanpa gerakan. Pelajari kaedah ini pada peringkat seterusnya.
Tempoh kursus : 3 hari.
Tempat : Mengikut permintaan pelanggan ( boleh diuruskan pihak Al-Muqri di atas permintaan )
Status permohonan bagi tahun 2016 : Masih dibuka.
Bilangan peserta : Had kepada 30 orang sahaja.
Sasaran : terbuka.
Hubungi : 014-5154806

Kursus Pembentukan Usrah 2016

Usrah merupakan entiti utama pembinaan masyarakat Islam zaman Nabi S.A.W. Bermula dari kelompok kecil inilah membina masyarakat yang akhirnya membangnunkan negara. Peranan usrah tidak dapat dinafikan. Persoalannya, bagaimanakah menguruskan usrah dengan berkesan. Bermula dari kreteria seorang naqib dan pengendalian usrah dengan kaedah berkesan. Kesemua ini terdapat di dalam program pembinaan Usrah.
Pada peringkat Naqib pelbagai perkara perlu dikuasai dan dihadamkan. Menjadi naqib yang baik adalah asas kepada kejayaan sesebuah Usrah. Di dalam kursus ini peserta akan didedahkan dengan :
1. Sejarah usrah.
2. Kepentingan usrah sebagai mata rantai dakwah.
3. Realiti usrah zaman ini.
4. Perlantikan Naqib.
5. Kemahiran asas seorang Naqib.
6. Mengurus usrah dengan berkesan.
Tempoh program : 3 Hari
Temnpat program : Mengikut pelanggan.
Penyertaan : Tiada Had.
Penawaran kursus : sentiasa dibuka.
Hubungi : 014-5154806

Formula Solat Sempurna 2016

Solat merupakah ibadah yang wajib ditunaikan oleh setiap individu muslim. Tiada satu alasan pun yang membolehkan ibadah solat dicuaikan. Dalam apa situasi ibadah solat adalah menjadi keutamaan. Persoalan yang timbul adalah sejauh manakah solat yang kita tunaikan sempurna dan benar-banar memenuhi tuntutan hadith Nabi S.A.W yang menyebutkan solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku menunaikannya ?. Justeru Al Muqri Resources mendatangkan pendekatan memahami solat secara sempurna berdasarkan pandangan para ulamak di dalam mazhab Al-Imam Asy-Syafie dengan mengambil kira pandangan mazhab lain di dalam berberapa keadaan.

Intipati :
1. Kewajipan berpegang dengan mazhab.
2. Sejarah Mazhab Al-Imam Asy-Syafie.
3. Solat berdasarkan kaedah Al-Imam Asy-Syafie.
4. Menjawab persoalan ijtihad, muqallid, muttabi' dan talfiq

Tempoh kursus : 1 hari / 6 jam.

Methodologi ; Teori, demo dan paraktikal.

Status permohonan bagi 2016 : Masih dibuka.

Bilangan peserta : tiada had.

Perunding bertanggungjawab : Ustaz Mohd Khir Johari bin Abas.

Hubungi : 014-5154806

KURSUS PEMBINAAN JATI DIRI 2016

Nilai kehebatan seseorang bergantung kepada kekuatan pegangan dan apa yang dipegang. Sultan Muhammad Al-Fateh membuka Istanbul dengan keyakinan kepada pegangan dan keunggulan apa yang dipegang. Saidina Abu Ayyub Al-Ansari sanggup dipapah untuk membelah badai menuju Istanbul di atas kekuatan yang sama. Saidina Abdullah ibnu Ummi Maktum yang buta menawar diri memegang panji agama kerana keyakinan itu. Jiwa yang besar hanya melakukan perkara yang besar.
Intipati kursus :
  • Akidah asas kekuatan.
  • Islam pernah mentadbir 2/3 dunia.
  • Menggali permata yang tertanam.
  • Bangunkan kehebatan dan gilap keunggulan.
Semua ini dan banyak lagi garapan keunggulan dan kehebatan yang kami garapkan di dalam KURSUS PEMBINAAN JATI DIRI ini.
Tempoh kursus : Peringkat Sekolah dan IPT 3h 2 m.
                            Agensi kerajaan, swasta dan persendirian : 6 jam / 1 hari.
.
Methodologi ; Teori, demo dan paraktikal.
.
Status permohonan bagi 2016 : Masih dibuka.
.
Bilangan peserta : tiada had.
.
Perunding bertanggungjawab : Ustaz Mohd Khir Johari bin Abas.
.
Hubungi : 014-5154806