Friday 7 March 2014

Kursus Pengucapan Awam 2016

Berucap di khlayak umum ?. Ada yang sanggup Mc dari mengelak berucap di khalayak umum. Perasaan fobia, takut, gabra dan pelbagai perasaan saling bercambur baur. Tidak kurang ada yang hampir pitam tatkala diminta berdiri di depan khlayak untuk menyampaikan ucapan. Keyakinan menyampaikan ucapan di khlayak merupakan seuatu kelebihan pada diri seseorang. Harus diingat..., AlMuqri Resources sangat yakin dan percaya ia bukanlah semata-mata anugerah. Bahkan ia merupakan kemahiran yang boleh dilatih dan dibentuk. Anda mampu menjadi pemidato yang hebat walaupun anda bukan seorang yang berbakat.
Mempelajari teknik menghilangkan perasaan gementar melalui kaedah teknikal dan spritual seperti doa-doa khusus menjadi teras kaedah kami. Peserta juga akan diajar bermula dari apa yang perlu dibuat tatkala diberikan arahan agar berucap sehinggalah majlis melabuhkan tirai. Pada peringkat asas peserta akan didedahkan dengan persedian menyediakan teks. Pemilihan ayat. Kaedah penyampaian dan gaya badan yang menarik. Manakala pada peringkat pertengahan anda akan diberikan tunjuk ajar bagaimana bermain dengan perasaan pendengar, memilih bahasa yang "bomb", begitu juga kaedah menarik perhatian pendengar walaupun tanpa gerakan. Pelajari kaedah ini pada peringkat seterusnya.
Tempoh kursus : 3 hari.
Tempat : Mengikut permintaan pelanggan ( boleh diuruskan pihak Al-Muqri di atas permintaan )
Status permohonan bagi tahun 2016 : Masih dibuka.
Bilangan peserta : Had kepada 30 orang sahaja.
Sasaran : terbuka.
Hubungi : 014-5154806

No comments:

Post a Comment