Wednesday 5 December 2012

Perunding Motivasi Al-Muqri Resources

Mohd Khir Johari bin Abas
Kelulusan : Sarjana Muda Syariah Islamiyah dengan Kepujian, Universiti Al-Azhar.
                     Sarjana Kaunseling OUM
                    Sarjana Syariah UM.
Pengalaman
  • Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan 2005 - 2009
  • Pensyarah di salah sebuah IPTA dalam negara 2009 - kini
  • Pengasas Pusat Pendidikan Al-Imam Al-Juwaini.
  • Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Pembangnunan Insan, Bidor, Perak.
  • Pemengang tauliah mengajar agama Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.
Al-Fadhil Ustaz berpengalaman menguruskan program-program khusus untuk remaja dan dewasa semenjak 1999. Bahkan pernah bekerjasama dengan beberapa syarikat-syarikat Motivasi yang berpengalaman dalam tempoh tersebut. Selain dari itu beliau berpengalaman menyampaikan ceramah di ratusan sekolah sepanjang tempoh tersebut di sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak. Al-Fadhil Ustaz juga sering diundanng menyampaikan kuliyah di Radio Negeri fm, Negeri Sembilan semenjak 2005.Beliau juga kerap dijemput sebagai tenaga Pengajar dan penceramah bagi kursus-kursus untuk kakitangan awam di Peringkat Negeri Selangor dan Negeri Sembilan yang dianjurkan Pusat Dakwah Islamiyah Negeri Sembilan dan Institusi Latihan Dakwah Negeri Selangor.
Antara sekolah-sekolah / IPT yang pernah mengundang Al-Fadhil Ustaz untuk berceramah dan menjalankan program-program tertentu :
1. Kolej Tunku Kursiah , Seremban, Negeri Sembilan.

2. Maktab Rendah Sains Mara, Jasin, Melaka.

3. Kolej MARA, Seremban, Negeri Sembilan.

4. Maktab Rendah Sains MARA ( Felda Trolak Jaya )

5. Sekolah Menengah Rahman Talib, Melaka.

6. Maahad Al-Khairiah Lil Banat, Taiping, Perak.

7. Institut Kemahiran Belia Negara, Rembau, Negeri Sembilan

8. Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak.

9. Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor.

10. Kolej Matrikulasi Banting, Selangor.

11. Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
12. Negeri Sembilan Skill and Development Centre.
13. Institut Latihan Dakwah Selangor
14. Pusat Dakwah Islamiyah, Negeri Sembilan.


Menggunakan pengalaman yang ada, kami menggunakannya sebagai aset utama syarikat kami bagi memenuhi tuntutan masyarakat setempat.  Dengan melanggan program-program yang kami tawarkan, situasi menang-menang dapat diwujudkan. Anda dan agensi anda dapat memenuhi tuntutan menjalankan aktiviti dan agenda yang dirancang, manakala kami menjadikannya sebagai sumbangan kami untuk golongan yang memerlukan.

Kami Bekerja untuk Mereka

PUSAT PENDIDIKAN Al-IMAM AL-JUWAINI
Pusat pendidikan ini dimiliki oleh Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Insan, Bidor (PPM-003-08-02032012), Perak. Dibangunkan bagi menunaikan tuntutan fardhu kifayah menyampaikan ilmu agama bagi golongan yang kurang berkemampuan.
Adik-adik yang mengimpikan kejayaan...

KRONOLOGI PENUBUHAN PUSAT PENDIDIKAN AL-IMAM AL-JUWAINI.
Usaha menyampaikan dan membina budaya agama kepada golongan kurang berkemampuan telah dimulakan oleh Ustaz Mohd Khir Johari bin Abas dengan penganjuran Program Imam Cilik sempena cuti pertengahan persekolahan 2011. Program seminggu yang dijalankan dengan menyasarkan pelajar yang kurang berkemampuan . Para peserta hanya dikenakan yuran mengikut kemampuan dan ada yang tidak dikenakan sebrang yuran. Dengan menyediakan kemudahan yang terbaik, penceramah yang berautoriti, fasilitator yang berwibawa dan dengan dokongan penduduk setempat program ini menarik minat seramai 80 orang peserta.
Pusat sementara sebelum kompleks yang lebih baik siap.
 
Kejayaan program, ini menarik perhatian Ustaz Mohd Khir Johari bin Abas untuk menyusun program-program seterusnya yang menerima sambutan yang sangat memberangsangkan. Melihat kepada harapan yang ditunjukan oleh Ibu bapa agar anak-anak mereka membangun menjadi generasi harapan negara Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Insan ditubuhkan dengan matlmat yang lebih besar dan tersusun. Sedang berusaha membangunkan dan membina Pusat Pembelajaran sepanjang hayat bagi melengkapi keperluan golongan memerlukan seperti anak yatim, golongan miskin dan ibu tunggal.
Memandangkan kos pembinaan kompleks ini terlalu besar dan memakan masa yang lama, kami menngambil langkah awal bagi menyewa sebuah rumah di Taman Puteri Indah, Bidor untuk terus menyalur khidmat bakti kepada masyarakat. Dengan meletakkan sasaran selama 2 tahun untuk beroperasi ditempat sewa sebelum berpindah ke kompleks yang dijangkakan akan siap pembinaannya dalam tempoh 2 tahun.
Mengambil sempena nama Al-Imam Al-Haramain Al-Juwaini yang memainkan peranan besar di dalam dunia keintelektualan Islam sehingga melahirkan seorang tokoh hebat seperti Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali. Fokus kepada pembangunan modal insan di pusat pendidikan ini menekankan aspek kebajikan, pendidikan, penjagaan dan pembangunan kemahiran.
 
 
OBJEKTIF PENUBUHAN
1. Ke arah membangunakan sebuah kompleks pendidikan yang lengkap sesuai sebagai pusat pendidikan, penjagaan dan motivasi.

2. Melahirkan golongan kelas menengah di dalam masyarakat yang menguasai ilmu-ilmu asas Islam dengan kemas. 5 teras pendidikan utama dan segala ilmu yang berkaitan dengannya diberikan penekanan adalah :
o Al-Quran dan Ulum Al-Quran.
o Al-Hadith dan Ulum Al-Hadith.
o Ulum As-Syariah
o ‘Aqidah.
o Tasauf.
3. Mengetengahkan sistem pendidikan agama secara tidak formal dalam bentuk tersusun dan teratur.
4. Menyusun program pembangunan remaja dan dewasa bagi masyarakat setempat.
5. PENDIDIKAN secara PERCUMA.
Petikan dari blog : Pusat Pendidikan Al-Imam Al-Juwaini
 
 
Bagi merealisasikan usaha gergasi ini maka suatu kerja sehebat Gergasi perlu dibuat. kami tak pandai untuk membuat kopi, teh, kismis, air doa dan pelbagai produk yang lain. Itu bukan kepakaran kami. Kami berpengalaman di dalam pengendalikan Kursus, Latihan, Motivasi dan Pengurusan acara. Maka Produk kami adalah Kursus, latihan, Motivasi dan Pengurusan Acara. kami dilantik secara rasmi untuk mengumpul dana bagi memastikan Pusat Pendidikan Ini tetap wujud dan akan terus memberi khidmat mereka kepada mereka yang memerlukan.
 
MAKA DISITULAH KERJA KAMI BERMULA DAN ITULAH KERJA KAMI... UNTUK MEREKA..

Al-Muqri Resources - Dasar

Al-Muqri Resources merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Meletakkan harapan dan impian yang sangat tinggi untuk melihat kebahagian insan lain.
 
Dasar perniagaan Al-Muqri Resouces adalah :
 
i. Pendidikan untuk semua.
 
Dalam keadaan semua rakyat Malaysia mampu mengakses pelbagai maklumat hanya dengan satu "klik", wujud golongon tersisih dari gelombang kemajuan ini. Justeru Al-Muqri Resources membanting tulang empat kerat mengumpul dana sebanyak mungkin bagi memastikan golongan ini turut menyelami perkembangan ilmu dan maklumat. Untuk mendokong dasar ini, Al-Muqri Resources menumpukan seluruh usaha bagi mendokong dan mengambil tanggungjawab kewangan bagi Pusat Pendidikan Al-Imam Al-Juwai (www.pusatpendidikanaljuwaini.blogspot.com ). Setiap sen yang diperolehi akan disalur kepada pembangunan pusat pendidikan percuma ini.
 
ii. Pendidikan untuk agama.
 
Al-Muqri Resouces meletakkan Islam sebagai bahasa motivasi, kecemerlangan, kejayaan, keunggulan dan kegemilangan. Setiap yang disandarkan kepada Islam maka keseluruhannya adalah kehebatan. Walaupun pelanggan kami dari pelbagai bangsa, agama dan bahasa, kami aplikasikan konsep Islam sebagai rahmat untuk semua. Islam perlu dirasai kenikmatannya oleh semua. Hal ini kerana Ia datang untuk semua.
 
iii. Pendidikan untuk amalan.
 
Program-program yang ditawarkan Al-Muqri resources adalah berpaksikan amalan. Samada program di peringkat bayi yang baru dilahirkan sehingga kepada mereka yang berusia emas. Kami menawarkan pelbagai program dalam pelbagai bentuk dan hanya bermatlamatkan untuk diamalkan. Budaya kami adalah budaya Tahu, Faham dan Amal. Dari maklumat menjadi ilmu kemudian menjadi budaya bertukar kepada tabiat dan akhirnya amalan.
 
Ketiga-tiga dasar ini menjadi teras, intipati dan budaya yang menjalar di dalam pembuluh darah kami yang paling sempit. Kami bersama benamkannya di dalam lubuk hati yang paling dalam. Lantas melonjakkan semangat untuk bekerja dan berjuang untuk kehidupan orang lain.
 
" Kami bekerja untuk melihat anda gembira di Dunia dan Akhirat. "
 
Salam Hormat dan Penuh Kasih Sayang
Al-Muqri Resources